Assalamualaikumm semua.
hari ini aku tergerak tangan nak update pasal PRU. you olls mesti dah tahu kan pasal kekecohan penipuan SPR. katanya ada pengundi hantu. aku tak tahu la bende ni benar or tak sebab aku tahu pun dari Facebook. haha.
macam-macam status yang rakyat Malaysia update. kutuk orang ni, kutuk orang tu, kutuk sane, aib sini. Masya Allah. sekarang ni timbul isu RACIST lah pulak. yang kebanyakkan mengutuknya orang Islam pulak. bukanlah aku nak aibkan orang Islam, but its the truth. diorang yang banyak buat kecoh. abang aku pernah mengadu pasal kutuk mengutuk ni. and then dia pun cakap biar orang Cina yang memerintah, baru orang Melayu akan naik and mempertahankan hak masing-masing.
aku pun rasa macam tu jugak. sebab benda nyata dah jadi. sekarang orang Melayu sekalian baru lah nak bangkit, baru nak marah, baru nak sedar yang kita ni sebenarnya kena bersatu.. kadang-kadang aku terfikir, kenapa pemerintah ni taknak ikut cara Rasulullah s.a.w memimpin. seimbangkan dunia and akhirat. aish. kalaulah aku yang jadi perdana menteri. tet ! hakhak. abaikan..
Firman Allah bermaksud: "Dan Allah telah melantik kamu sebagai khalifah di atas muka bumi, maka Dia akan melihat apakah yang kamu kerjakan." (Surah al-A'raf, ayat 129)
Ini disokong oleh hadis Rasulullah yang bermaksud: "Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan disoal mengenai apa yang dipimpinnya."
ingat senang ke nak jadi pemimpin? nak jadi seorang suami pun susah. ni pulak nak jadi pemimpin negara? apabila al-quran dan sunnah ditinggalkan, maka hancurlah kita. Allahuakbar. takut kan bila dengar..hmm. bila aku buat post ni, ase macam bersalah lah pulak. rase macam kerdil je diri nih. :( pape hal pun, chill okay pasal posting nih. aku just bagi pendapat sahaja. jangan bom aku pulak taw. sebarang komen or idea or ape-ape yang boleh memperbetulkan aku, aku terima dengan seikhlasnya.. jangan tegur secara kasar pulak tahu. memang aku tak terimalah kan. hehe.
oaylah. salam chil-chill dari saye.. love ya ! :)